Deretan Gerai Lemang Kendong
| "...hutannya yang masih kaya dengan khazanah alam semula jadi kekal utuh hingga ke hari ini." |
|
| |
|
emang Kendong” sememangnya terkenal di sekitar Daerah Tampin dan Rembau, Negeri Sembilan. Bagi penggemar makanan tradisi Melayu ini, nama Kampung Sri Kendong bukanlah satu nama yang asing bagi mereka. Deretan gerai lemang panas yang terdapat di sepanjang jalan seolah-olah menggamit kedatangan pengunjung ke kampung ini. Gerai-gerai lemang ini biasanya dibuka sepanjang masa dan bukannya pada
waktu perayaan sahaja.
| |
 |
| |
| Lemang menjadi makanan popular |
|
Kampung Sri Kendong terletak di Daerah Rembau, iaitu sebuah daerah yang bersempadan dengan Negeri Melaka. Kedudukan Kampung Sri Kendong yang berhampiran dengan kaki Gunung Dato’ menyebabkan keadaan ekosistem di sini masih lagi terpelihara dengan baik. Kawasan hutannya yang masih kaya dengan khazanah alam semula jadi kekal utuh hingga ke hari ini. Kampung Sri Kendong merupakan sebuah perkampungan tradisional yang masih lagi menerapkan nilai-nilai dan juga adat tradisional Melayu.
Kampung Sri Kendong terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Rembau (MDR). Kemudahan sistem jalan raya yang berturap memudahkan penduduk kampung menjalani kehidupan seharian. Bandar Tampin merupakan bandar yang paling hampir dengan Kampung Sri Kendong sejauh kira-kira enam kilometer. Kemudahan awam seperti bas dan teksi memudahkan setiap penduduk kampung menuju ke bandar atau destinasi yang diinginkan. Keadaan tanah yang subur dan juga ekosistem masih terpelihara turut mempengaruhi sektor pertanian di Kampung Sri Kendong.
Perpustakaan Desa Sri Kendong yang terletak di kawasan perumahan Rakyat Sri Kendong memudahkan setiap penduduk kampung untuk mendapatkan sumber ilmu dan bahan ilmiah. Tiada mercu tanda khas yang boleh ditemui di kampung ini. Namun, deretan gerai yang menjual lemang panas di sepanjang jalan menjadi penanda utama pengunjung sudah berada dalam kawasan Kampung Sri Kendong.
|