Lemang enak dimakan bersama rendang

Lemang Panas Berlemak

S
"Proses pembuatan Lemang Kendong yang diwarisi turun temurun mengekalkan keenakan lemang tersebut"  
   

ektor keusahawanan di Kampung Sri Kendong lebih tertumpu kepada aktiviti perniagaan. Terkenal kerana Lemang Kendongnya, maka ramai penduduk kampung yang terlibat dalam perniagaan lemang yang popular ini. Salah seorang pengusaha Lemang Kendong di Kampung Sri Kendong, Ahizah Mohamad Yasin telah begitu lama terlibat dalam pembuatan lemang, kini dalam proses untuk memajukan lagi perniagaannya. Menurut beliau, lemang panas Kendong amat istimewa kerana rasanya yang enak dan berlemak.

 
 
Proses membakar lemang

Lemang Kendong amat sedap dimakan bersama rendang daging atau rendang ayam. Ia menjadi santapan istimewa sewaktu Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha. Proses pembuatan lemang yang masih lagi berasaskan cara warisan bukan saja mengekalkan keenakan sejak turun temurun malah mempopularkan nama Lemang Kendong di sekitar Negeri Sembilan.

Lemang panas yang dijual di pinggir jalan bukan sahaja sering mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat malah ada juga pengunjung dari Melaka atau Johor yang sanggup datang ke Kampung Sri Kendong semata-mata untuk merasai kelazatan dan keenakan Lemang Kendong. Perusahaan Lemang Kendong yang dijalankan oleh Ahizah sering menjadi tumpuan terutamanya musim perayaan. Selain lemang, beliau turut menjual produk-produk makanan lain seperti cencaluk dan belacan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK