Kemudahan Perubatan Di Hospital Tampin
iada kemudahan klinik kesihatan disediakan di Kampung Sri Kendong tetapi terdapat sebuah hospital di Bandar Tampin, iaitu Hospital Tampin. Kedudukan Kampung Sri Kendong yang berhampiran dengan Bandar Tampin memudahkan penduduk kampung yang mengalami masalah kesihatan merujuk terus ke hospital ini. Hospital Tampin dilengkapi dengan pelbagai peralatan moden dan khusus untuk para pesakit.
Selain perubatan moden, terdapat segelintir penduduk kampung yang masih lagi mengamalkan perubatan tradisional. Terdapat beberapa orang penduduk kampung yang menawarkan perkhidmatan urut tradisional. Penduduk di kampung sekitar turut mendapatkan khidmat tukang urut di Kampung Sri Kendong.
|