Keselamatan Tanggungjawab Bersama
| "Anggota RELA terdiri daripada anak tempatan yang sentiasa memastikan keselamatan kampung di tahap yang terkawal." |
|
| |
|
ecara amnya, keselamatan penduduk Kampung Sri Kendong terletak di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Balai polis yang paling hampir dengan kawasan Kampung Sri Kendong ialah Balai Polis Tampin yang terletak kira-kira enam kilometer dari kawasan kampung. Namun, penduduk kampung turut bertanggungjawab menjaga keamanan dan kemakmuran kawasan kampung.
Pertubuhan keselamatan seperti Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) diwujudkan untuk membantu meningkatkan keselamatan penduduk. Anggota RELA terdiri daripada anak tempatan yang sentiasa memastikan keselamatan kampung di tahap yang terkawal. Pihak Biro Keselamatan turut membantu ahli RELA dalam memastikan keamanan dan keselamatan penduduk kampung.
|