Masjid tumpuan penduduk Sri Kendong

Merapatkan Jurang Pembangunan

K

emudahan asas bagi penduduk Kampung Sri Kendong boleh dibanggakan. Pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan memberi keselesaan kepada setiap penduduk dan juga pengunjung. Semua penduduk mendapat bekalan air bersih dan kemudahan elektrik. Sistem perhubungan yang efisien juga memudahkan para penduduk untuk bergerak ke satu-satu destinasi. Kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi turut memudahkan para pelancong untuk berkunjung ke Kampung Sri Kendong.

Kemudahan prasarana seperti masjid dan perhentian bas turut memberikan keselesaan kepada setiap penduduk dan pelancong yang berkunjung ke sini. Kemudahan infrastruktur seperti balai raya, pondok telefon awam dan perpustakaan desa membuktikan keprihatinan pihak kerajaan dalam membangunkan masyarakat luar bandar. Segala pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan secara tidak langsung merapatkan jurang pembangunan antara masyarakat luar bandar dan bandar.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK