Mengeratkan Perpaduan
ampung Sri Kendong terletak dalam Daerah Rembau, Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Negeri Melaka. Daerah Rembau berkeluasan kira-kira 42,000 hektar dan terbahagi kepada beberapa buah mukim yang ditadbir oleh setiap Penghulu Mukim dan dibantu oleh Ketua Kampung yang dilantik oleh kerajaan. Daerah Rembau didiami kira-kira 40,000 penduduk pelbagai bangsa dan agama. Kampung Sri Kendong terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota dan berada di kawasan Parlimen Rembau.
Kampung Seri Kendong yang terletak di dalam Mukim Gadong merupakan sebuah kampung kecil dan dikelilingi oleh beberapa buah kampung lain iaitu Kampung Dusun Sri Kendong, Kampung Paya Sri Kendong dan Kampung Kendong. Kampung Sri Kendong memiliki keluasan tanah kira-kira 92 hektar. 24 hektar tanah telah digunakan untuk tanaman pokok getah. Justeru, tidak hairanlah jika terdapat penduduk di sini yang bekerja sebagai penoreh getah untuk menyara kehidupan mereka.
| |
 |
| |
| Petunjuk arah disediakan untuk kemudahan pengunjung |
|
Hubungan kekeluargaan di antara setiap kampung meneguhkan lagi perpaduan masyarakat di kalangan penduduk. Pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan sering dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. Di antara program-program yang sering diadakan ialah Program Mesra Rakyat, Sukan Komuniti, Pertandingan Sukan Belia dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti kebudayaan dan keagamaan seperti Persatuan KompangTilawah Al-Quran dan permainan tradisional turut dianjurkan.
Jika dahulu, rata-rata penduduk kampung berjalan kaki ataupun menaiki basikal untuk ke satu-satu destinasi, kini majoriti penduduk kampung mampu memiliki kenderaan sendiri. Namun, kemudahan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi turut memudahkan penduduk kampung untuk berhubung dengan penduduk-penduduk sekitar.
|