Temu bual bersama Pengerusi JKKK

Melaksanakan Amanah Kerajaan

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan untuk membantu kerajaan mengeratkan perhubungan antara masyarakat dan kerajaan. Antara tugas jawatankuasa ini ialah membantu pihak kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan demi keselesaan penduduk setempat. JKKK Kampung Sri Kendong diketuai oleh Bahari Haji Thani. Beliau turut dibantu oleh beberapa biro seperti Biro Keselamatan, Biro Pendidikan dan Biro Kebajikan.

JKKK ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan hubungan sesama penduduk tanpa mengenal kaum serta bangsa. Segala maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk kampung secara terus atau melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan dalam mengatur projek-projek kecil yang memberikan faedah sebagainya.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK