Ladang getah milik penduduk

Membangunkan Perniagaan

R

ata-rata penduduk Kampung Sri Kendong bekerja sendiri untuk menyara kehidupan mereka. Ada sebilangan penduduk yang turut bekerja di dalam sektor kerajaan dan swasta di sekitar Bandar Tampin. Malah, ada juga di kalangan penduduk Sri Kendong yang terlibat dalam aktiviti perniagaan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan di Kampung Sri Kendong. Banyak rumah-rumah kedai dibina di segenap pelosok kawasan Kampung Sri Kendong. Ini membuktikan bahawa aktiviti perniagaan di Kampung Sri Kendong semakin membangun dan berkembang pesat.

 
 
Hasil getah

Namun begitu, ada juga penduduk Kampung Sri Kendong yang menjadikan pekerjaan menoreh getah sebagai sumber pendapatan mereka. Dianggarkan kira-kira 24 hektar kawasan Kampung Sri Kendong digunakan untuk tanaman getah. Bagi golongan muda pula, ada di antara mereka yang berhijrah ke ibu kota serta bandar-bandar berhampiran seperti Bandar Tampin dan Melaka untuk mencari rezeki.

Di samping itu, ada juga penduduk kampung yang bercucuk tanam secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan sampingan. Antara tanaman di sini adalah pokok pisang, timun dan cili. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menaikkan taraf hidup penduduk Kampung Sri Kendong.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK