Sebut sahaja lemang, pasti ramai yang kecur air liur mengingatkan aroma serta kelembutan makanan tradisi ini. Lemang dibuat dari beras pulut yang diisi ke dalam buluh bersama santan dan kemudiannya dibakar sehingga masak. Bagi penduduk sekitar Daerah Tampin dan Rembau, Lemang Kendong merupakan hidangan yang menjadi kemestian tatkala meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Lemang yang enak dimakan bersama rendang daging mahupun rendang ayam membuka selera sesiapa sahaja.
Kini, Lemang Kendong boleh dinikmati pada bila-bila masa. Deretan gerai-gerai menjual Lemang Kendong sepanjang jalan di kawasan Kampung Sri Kendong memudahkan pengunjung datang membeli makanan yang sememangnya popular serta terkenal di sekitar kawasan Tampin dan Rembau.
|