Belia Pewaris Negara
elaras dengan prinsip kerajaan yang ingin melahirkan belia berketerampilan serta berakhlak mulia, pelbagai aktiviti melibatkan golongan muda sering diadakan. Aktiviti belia Kampung Sri Kendong dipantau oleh Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sri Kendong. Antara aktiviti sukan yang sering dianjurkan adalah pertandingan sepak raga, bola sepak dan badminton. Di samping itu, ada juga di kalangan belia yang terlibat dalam bidang perniagaan dan perusahaan sendiri seperti perniagaan runcit, perusahaan bengkel kereta dan banyak lagi.
Usaha JKKK dalam melaksanakan pelbagai aktiviti untuk golongan belia sewajarnya diberikan pujian. JKKK Kampung Sri Kendong sedar bahawa golongan belia merupakan pelapis generasi akan datang. Gejala-gejala negatif seperti menagih dadah, melepak dan mencuri dapat ditangani dengan baik oleh penduduk Kampung Sri Kendong. Oleh demikian, tidak hairanlah sekiranya Kampung Sri Kendong mampu melahirkan generasi yang berilmu dan berbudi pekerti mulia satu hari nanti.
|