Program Ekonomi Tambahan Sumber
olongan wanita Kampung Serigala bukan sahaja dikenali sebagai suri rumah, malahan mereka juga bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Selari dengan hasrat kerajaan yang inginkan wanita berdaya saing, pelbagai aktiviti untuk mereka dilaksanakan di Kampung Serigala. Semua aktiviti wanita diuruskan oleh Biro Wanita yang merupakan biro paling aktif di sini. Antara aktiviti yang sering dilakukan ialah kelas berzanji, marhaban, nasyid dan kelas Fardu Ain. Aktiviti ini sering diadakan setiap minggu dan diketuai oleh seorang guru agama wanita yang berpengalaman.
 |
| Salah satu pemprosesan membungkus tepung rangup |
|
"Kaum wanita di sini turut terlibat dalam pelbagai aktiviti sampingan seperti senaman aerobik, tarian “poco-poco”, kelas menjahit dan kelas masakan." |
|
| |
|
Kaum wanita di sini turut terlibat dalam pelbagai aktiviti sampingan seperti senaman aerobik, tarian “poco-poco”, kelas menjahit dan kelas masakan. Golongan wanita turut terlibat dalam sebuah projek anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di bawah program Ekonomi Tambahan. Melalui projek ini, kaum wanita Kampung Serigala terlibat dalam penghasilan produk kampung seperti tepung rangup, bunga getah, kuih tradisional dan pelbagai kraf tangan. Secara tidak langsung kegiatan penghasilan produk ini menjadi satu sumber sampingan bagi kaum ibu di sini.
Biro Wanita Kampung Serigala kini sedang giat menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti untuk golongan hawa. Selain itu, terdapat segelintir kecil golongan wanita yang terlibat dalam perniagaan kedai runcit di Kampung Serigala.
|