Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Kampung Serigala,
Kampung Serigala, Sungai Nilam
Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan

   
 

Pusat Ilmu Penduduk

K

"...bangunan Perpustakaan Desa Kampung Serigala merupakan sebuah surau, namun ia telah diubahsuai menjadi sebuah bangunan seperti yang ada pada hari ini. "

 
   

ampung Serigala tidak terkecuali untuk mendapat perhatian Skim Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau lebih dikenali sebagai Universal Service Providence (USP). Projek yang dikendalikan hasil usaha sama Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta beberapa badan korporat bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyakat di bandar dan juga luar bandar.

Sebuah perpustakaan desa yang mula beroperasi sejak tahun 2005 dibina khas untuk kemudahan penduduk kampung di sini. Pada awalnya, bangunan Perpustakaan Desa Kampung Serigala merupakan sebuah surau, namun ia telah diubah suai menjadi sebuah bangunan seperti yang ada pada hari ini. Individu yang bertanggungjawab menyelia Perpustakaan Desa Kampung Serigala ialah Mazuin Shaharudin. Beliau adalah anak watan Kampung Sungai Selisik dan telah berkhidmat sebagai Penyelaras Perpustakaan sejak tahun 2003.

 

Buku-buku yang berguna untuk menuntut ilmu

Selain aktiviti peminjaman buku, aktiviti lain seperti pertandingan catur, congkak dan bercerita turut diadakan di perpustakaan ini. Terdapat lebih kurang 1,700 buah buku di perpustakaan yang turut mempunyai kemudahan Internet yang menggunakan very small sattelite aperture terminal (VSAT). Juga turut dilengkapkan dua buah komputer dan penduduk boleh menggunakannya secara percuma.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK