Impak Serigala Mewujudkan Nama Kampung
ampung Serigala mula diterokai pada sekitar tahun 1920-an. Peneroka asal Kampung Serigala ialah masyarakat yang berasal dari Bangkahulu, Indonesia. Maka loghat Bangkahulu menjadi bahasa komunikasi yang digunakan ketika itu. Ada juga dari kalangan penduduk yang berasal dari kawasan-kawasan sekitar Selangor.
 |
| Sungai yang dahulunya digunakan sebagai jalan perhubungan |
|
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Serigala, Haji Ali Hasan Pagan, sewaktu Kampung Serigala mula diterokai banyak serigala yang berkeliaran di kawasan sekitar kampung. Banyak binatang ternakan penduduk kampung seperti ayam dan kambing mati dibaham serigala. Oleh kerana kejadian binatang ternakan dimakan serigala semakin menjadi-jadi, penduduk kampung bekerjasama menghalau dan menangkap serigala tersebut. Semakin lama, serigala yang berkeliaran di kawasan kampung semakin pupus. Kini, yang tinggal hanyalah nama kampung yang diambil bersempena dengan peristiwa tersebut.
Lokasi Persembunyian Komunis
Kampung Serigala juga pernah menjadi tapak komunis berselindung ketika tanah air berhadapan dengan peristiwa darurat sekitar tahun 1940-an. Ini kerana kawasan Kampung Serigala terletak begitu hampir dengan kawasan hutan yang tebal. Walau bagaimanapun, kegiatan komunis tersebut berjaya dibendung oleh pihak berkuasa ketika itu.
Pada masa sekarang, Kampung Serigala telah mencapai pelbagai kemajuan dari segi kemudahan asas, infrastruktur dan juga taraf hidup yang semakin meningkat. Kampung Serigala pernah menyandang Naib Johan Anugerah Desa Cemerlang Tahun 2006 peringkat Daerah Hulu Selangor. Kampung ini juga pernah menjadi Juara dalam Pertandingan Perarakan Maulud Nabi Peringkat Gugusan Sungai Selisik pada tahun 2005. Pertandingan ini dianjurkan oleh Masjid Jamek Al-Rahman Sungai Selisik.
|