Masih Mengamalkan Warisan
umlah penduduk Kampung Serigala dianggarkan seramai 500 orang. Majoriti penduduk di sini ialah kaum Melayu yang beragama Islam. Bagaimanapun dianggarkan terdapat lebih kurang 30 buah keluarga Orang Asli Semai Temuan menghuni di Kampung Serigala. Jalan raya menjadi sistem perhubungan utama bagi penduduk Kampung Serigala. Oleh itu, kebanyakan rumah penduduk dibina secara berderetan di sepanjang jalan. Sungguhpun begitu ada juga penduduk kampung yang masih lagi tinggal secara bertaburan di segenap inci kawasan kampung.
| "...terdapat lebih kurang 30 buah keluarga Orang Asli Semai Temuan menghuni di Kampung Serigala. Jalan raya menjadi sistem perhubungan utama bagi penduduk Kampung Serigala." |
|
|
|
Terdapat juga segelintir penduduk kampung yang tinggal secara berkelompok di beberapa kawasan penempatan baru. Masyarakat Kampung Serigala masih lagi hidup berteraskan kepada nilai-nilai murni masyarakat Melayu tradisional. Amalan warisan nenek moyang seperti kenduri kendera dan ziarah menziarahi masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini. Penduduk Kampung Serigala juga sentiasa mementingkan semangat kejiranan. Justeru itu, tidak hairanlah hubungan silaturahim antara penduduk kampung begitu akrab.
|