Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Kampung Serigala,
Kampung Serigala, Sungai Nilam
Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan

   
 

Penanaman “Rock Melon”

T

anah yang subur di Kampung Serigala menyumbang kepada kegiatan pertanian di sekitar kampung. Oleh itu, tidak hairanlah jika penduduk Kampung Serigala menjadikan sektor pertanian sebagai sumber utama pendapatan.

 
 
Tanaman getah yang mendatangkan
hasil memberangsangkan

Kegiatan perladangan utama di Kampung Serigala ialah tanaman pokok getah dan dianggarkan terdapat kira-kira 80 hektar tanah kampung digunakan untuk penanaman pokok ini. Getah sekerap ataupun getah beku yang dihasilkan penduduk kampung dijual pada harga RM3 sekilogram. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) turut memberikan bantuan berupa anak pokok getah dan baja bagi meringankan beban penduduk kampung.

Ada juga segelintir penduduk kampung yang terlibat dalam kegiatan penanaman pokok kelapa sawit. Penggunaan tanah seluas kira-kira 30 hektar dikhususkan untuk tanaman pokok ini. Buah sawit yang sudah masak kebiasaannya akan dikait sendiri oleh peladang dan dijual di kilang sawit yang berdekatan. Kadang-kala lori-lori sawit dari kilang akan datang sendiri ke ladang sawit untuk mengambil buah sawit yang hendak dijual.

"... penduduk Kampung Serigala yang mengusahakan dusun buah-buahan. Antara jenis buah-buahan yang ditanam ialah rambutan, durian, duku, langsat serta manggis. "

 
   
 
 
Hasil penanaman sawit yang dijalankan oleh segelintir penduduk Kampung Serigala

 

Selain itu, ada juga sebilangan kecil penduduk Kampung Serigala yang mengusahakan dusun buah-buahan. Antara jenis buah-buahan yang ditanam ialah rambutan, durian, duku, langsat serta manggis. Kebanyakan tanaman ini hanya berbuah mengikut musim. Hasil buah-buahan akan dijual kepada peraih sebelum dipasarkan di kawasan sekitar Selangor. Pihak RISDA turut memberikan bantuan berupa benih dan baja bagi meringankan beban para petani terlibat.
Pun begitu, terdapat sejenis pertanian tanaman baru yang diperkenalkan di Kampung Serigala. Tanaman buah “rock melon” yang seakan-akan tembikai susu ini diperkenalkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

 
Penafian | Laman Web KTAK