Pendidikan Melahirkan Generasi Terbilang
iada sekolah kerajaan yang dibina di dalam Kampung Serigala. Kebanyakan anak-anak kecil di Kampung Serigala memperolehi pendidikan awal di Tabika KEMAS Kampung Serigala, iaitu satu-satunya tabika yang terdapat di sini. Biarpun begitu, terdapat Sekolah Rendah Agama Sungai Selisik, Sekolah Menengah Agama Sungai Selisik serta Sekolah Kebangsaan Sungai Selisik yang terletak di kampung yang berhampiran.
"...ada segelintir pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan pelbagai institusi pengajian tinggi awam serta swasta. " |
|
| |
|
 |
| Pelajar-pelajar aktif bersukan |
|
Kebanyakan anak-anak penduduk Kampung Serigala mendapat pendidikan formal di ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Malah ada segelintir pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan pelbagai institusi pengajian tinggi awam serta swasta. Perkembangan pendidikan yang pesat di Kampung Serigala diharapkan dapat melahirkan generasi yang mampu untuk mentadbir negara ini satu masa nanti.
|