Merehatkan Minda, Menenangkan Jiwa Tenangkan
"Bukit Taman juga dijadikan kawasan untuk aktiviti lasak seperti berkelah dan jungle tracking. Bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota, Bukit Taman sesuai dijadikan lokasi untuk merehatkan minda dan menenangkan jiwa. " |
|
| |
|
idak banyak lokasi yang sesuai untuk dijadikan pusat pelancongan di Kampung Serigala. Pun begitu, terdapat sebuah kawasan iaitu Bukit Taman yang sesuai dijadikan kawasan rekreasi serta pelancongan. Bukit Taman terletak kira-kira tiga kilometer dari Perpustakaan Desa Kampung Serigala. Pengunjung perlu mendaki bukit dan
melalui denai untuk ke puncak Bukit Taman.
Apabila sampai ke puncak Bukit Taman pengunjung dapat menikmati keindahan pemandangan kawasan kampung yang begitu cantik. Wujudnya pelbagai flora dan fauna menjadikan lokasi ini sesuai untuk pencinta alam semula jadi. Bukit Taman juga dijadikan kawasan untuk aktiviti lasak seperti berkelah dan jungle tracking. Bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota, Bukit Taman sesuai dijadikan lokasi untuk merehatkan minda dan menenangkan jiwa.
Bukit Taman juga pernah menjadi lokasi pihak komunis berselindung ketika zaman darurat suatu ketika dahulu. Di situ terdapat beberapa buah gua yang membolehkan anggota komunis bersembunyi dari pihak berkuasa. Namun belum ada pihak yang mengambil inisiatif untuk membangunkan dan mengetengahkan lokasi ini sebagai pusat pelancongan di Kampung Serigala.
|