Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Kampung Serigala,
Kampung Serigala, Sungai Nilam
Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan

   
 

Dikelilingi Pelbagai Flora dan Fauna

K

"...250 hektar tanah digunakan untuk kegiatan pertanian seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Kira-kira satu hektar tanah pula digunakan untuk penternakan kambing, lembu, rusa serta ikan. "

 
   

ampung Serigala terletak di dalam mukim Kuala Kubu Baharu di daerah Hulu Selangor. Majlis Daerah Hulu Selangor mentadbir serta melaksanakan pembaharuan demi keselesaan setiap penduduk di sini. Kampung Sungai Serigala dikelilingi Banjaran Titiwangsa. Maka tidak hairanlah kampung ini masih dipenuhi dengan kehijauan hutan hujan tropika. Kampung Serigala turut ditumbuhi dengan pelbagai jenis flora dan menjadi habitat untuk pelbagai jenis fauna. Keadaan tanah yang subur dan ekosistem yang masih lagi terpelihara turut mempengaruhi sektor pertanian di Kampung Serigala. Ia menjadi faktor utama kegiatan pertanian seperti pokok getah dan juga kelapa sawit.

 
 
Jalan masuk ke Kampung Serigala dari Behrang

Sungguhpun terletak nun jauh di kawasan pedalaman, pelbagai kemajuan dan pembaharuan berjaya dilaksanakan oleh. Kampung Serigala dianggarkan seluas 336 hektar. Daripada jumlah tersebut 250 hektar tanah digunakan untuk kegiatan pertanian seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Kira-kira satu hektar tanah pula digunakan untuk penternakan kambing, lembu, rusa serta ikan. Selebihnya dijadikan kawasan kediaman penduduk kampung dan kawasan tanah perkuburan. Dianggarkan sebanyak 30 hektar masih merupakan tanah terbiar yang juga adalah bekas tapak lombong bijih timah suatu ketika dahulu.

Bandar yang paling hampir dengan Kampung Serigala ialah Pekan Behrang Stesen. Pekan ini terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan kampung. Terdapat sebuah loji pembersihan air yang dikendalikan oleh syarikat Puncak Niaga (M) Sendirian Berhad dan dibina di Kampung Sungai Selisik. Loji ini merupakan mercu tanda utama di kampung ini.

Di Sempadan Selangor dan Perak

Jika dahulu jalan di Kampung Serigala masih bertanah merah, kini keadaan itu telah berubah sama sekali. Hampir semua jalan berturap dan dilengkapi dengan kemudahan lampu isyarat serta papan tanda untuk kemudahan penduduk kampung. Sebuah jambatan konkrit iaitu Jambatan Hulu Bernam dibina untuk memudahkan penduduk berhubung ke bandar. Walaupun Kampung Serigala terletak di dalam kawasan Negeri Selangor Darul Ehsan, ia bersempadan dengan Negeri Perak Darul Ridzuan. Sungai Bernam menjadi pemisah antara dua negeri ini. Terletak kira-kira 100 km dari Bandar Raya Kuala Lumpur, pengunjung boleh datang ke Kampung Serigala menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar melalui jalan susur Behrang.

 
Penafian | Laman Web KTAK