Penghasilan Pelbagai Produk Kampung
| |
 |
| |
| Antara rekaan bunga getah yang telah siap untuk dijual |
|
sah terkejut jika anda melihat sebegitu banyak deretan kedai yang menjual pelbagai produk hasil kampung di sekitar Kampung Serigala. Antara produk kampung yang mendapat perhatian ialah perniagaan menghasilkan bunga getah yang diusahakan oleh Saaunah Dukani. Bunga getah ialah sejenis bunga hiasan yang sering digunakan dalam majlis-majlis perkahwinan. Menurut Saaunah, proses pembuatan bunga getah memerlukan masa yang panjang. Daun-daun getah yang bersaiz lebar akan dikumpulkan terlebih dahulu sebelum direndam ke dalam air yang dicampurkan dengan sejenis bahan peluntur. Daun getah ini kemudian
akan dibiarkan terendam selama tiga bulan sebelum dibentuk dan digubah menjadi bunga.
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) turut memberikan bantuan berupa latihan dan penyediaan tapak premis bagi memudahkan penduduk kampung mengusahakannya. Pengunjung boleh membeli bunga getah yang telah siap diwarnakan pada harga serendah RM2.00. Kebanyakan bunga getah ini dipasarkan di sekitar Selangor dengan bantuan RISDA.
| |
 |
| |
| Menikmati buah "rock melon" yang menyelerakan |
|
Selain itu, terdapat juga sebuah perusahaan kecil yang menghasilkan produk tepung rangup dan makanan tradisional. Perusahaan ini dijalankan di Pusat Pengumpulan Produk Pekebun Kecil Selangor Utara dan diusahakan oleh Jamilah Manap. Perusahaan yang telah dijalankan sejak tahun 2006 ini mendapat bantuan RISDA berupa mesin, premis dan juga modal. Produk makanan ini yang dipasarkan sendiri oleh pengusahanya di sekitar Selangor pada harga serendah RM 3.50 sepeket.
Di samping itu, ada juga penduduk Kampung Serigala yang terlibat dalam penanaman buah “rock melon”. Buah yang berbentuk seakan-akan buah tembikai susu diusahakan oleh Mokhtarizam Hussin di atas sebidang tanah yang berkeluasan kira-kira enam hektar. Buah “rock melon” yang telah masak akan dipasarkan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu memasarkan buah tersebut.
|