Klinik Kesihatan Menjadi Tumpuan
iada kemudahan klinik yang dibina di dalam Kampung Serigala. Pun begitu terdapat sebuah klinik kesihatan kecil di Kampung Sungai Selisik yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Kampung Serigala. Mula beroperasi pada tahun 1962, Klinik Kesihatan Sungai Selisik ini telah dirasmikan oleh Datuk Haji Harun Idris, Bekas Menteri Besar Selangor ketika itu.
Klinik Kesihatan Sungai Selisik dikendalikan oleh seorang doktor yang berpengalaman luas
dalam bidang perubatan. Klinik kesihatan ini menyediakan kemudahan ambulan, khidmat pesakit luar dan juga farmasi. Pemeriksaan khas untuk ibu-ibu mengandung dan bayi juga turut disediakan.
| |
 |
| |
| Klinik kesihatan untuk penduduk Kampung Serigala dan di sekitarnya |
|
Hospital yang paling hampir dengan Kampung Serigala ialah Hospital Slim River, Perak. Ia terletak kira-kira 40 kilometer dari Kampung Serigala. Selain itu, ada juga segelintir penduduk kampung yang menggunakan khidmat perubatan tradisional seperti bomoh, tukang urut dan bidan kampung.
|