Tanggungjawab Bersama
ecara amnya isu keselamatan di Kampung Serigala berada di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Biarpun terletak di dalam daerah Hulu Selangor, balai polis yang paling hampir dengan Kampung Sungai Serigala ialah Balai Polis Behrang Stesen, Perak. Balai ini terletak kira-kira tiga kilometer sahaja dari Kampung Sungai Serigala. Walau bagaimanapun, segala aduan yang dibuat oleh penduduk Kampung Serigala di Balai Polis Behrang Stesen akan dirujuk dan diserahkan ke Balai Polis Felda Gedangsa, Selangor untuk tindakan selanjutnya
 |
| Balai Polis Behrang juga berhampiran dengan Kampung Serigala |
|
Terdapat juga agensi sukarela yang dianggotai penduduk kampung seperti Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) untuk membantu meningkatkan keselamatan penduduk. Anggota RELA yang dianggotai anak tempatan sentiasa memastikan keselamatan kampung pada tahap yang terkawal.
|