Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Kampung Serigala,
Kampung Serigala, Sungai Nilam
Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan

   
   

Penduduk Kampung Fasih Loghat Perak

Pewaris-pewaris Kampung Serigala pada masa hadapan
K

ampung Serigala terletak di dalam Mukim Kuala Kubu Baharu. Ia merupakan salah satu gugusan kampung kecil yang terletak di dalam Kampung Sungai Selisik. Kampung Serigala dikelilingi oleh beberapa buah kampung iaitu Kampung Sekolah, Kampung Masjid, Kampung Sungai Nilam, Kampung Sungai Pagi dan juga Kampung Orang Asli. Semua kampung ini ditadbir oleh seorang Ketua Kampung dan juga seorang Penghulu Mukim. Kampung Serigala terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dan berada di dalam Parlimen Hulu Selangor.

Walaupun kampung ini berada di dalam daerah Hulu Selangor, penduduk kampung lebih gemar keluar ke Pekan Behrang Stesen, Perak ataupun ke Bandar Tanjung Malim kerana jaraknya yang lebih dekat. Oleh kerana kedudukannya yang bersempadan dengan negeri Perak, tidak hairanlah kebanyakan penduduk di sini fasih bertutur dalam loghat negeri tersebut. Walaupun terletak di kawasan pedalaman, pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan sering dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung. Antara aktiviti yang sering diadakan ialah acara sukaneka, pertandingan bola sepak, Program Mesra Rakyat, gotong-royong antara kampung dan Pesta Sukan Komuniti.

Jika dahulu kebanyakan penduduk kampung berjalan kaki ataupun menaiki basikal untuk ke satu destinasi, kini semua itu tinggal kenangan. Majoriti penduduk kampung kini telah mampu untuk memiliki kenderaan sendiri sama ada motosikal mahupun kereta. Kemudahan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi yang kerap turut memudahkan penduduk kampung berhubung dengan penduduk kampung sekitar dan bandar berhampiran.

 
Penafian | Laman Web KTAK