Menoreh Getah
| |
 |
| |
| Perniagaan runcit turut dijalankan oleh mereka |
|
ajoriti penduduk Kampung Serigala menjadikan pertanian sebagai pekerjaan utama dan kebanyakan mereka adalah penoreh getah. Terdapat kira-kira 100 hektar ladang getah di Kampung Sungai Serigala. .
"Ada juga sebilangan masyarakat kampung ini yang mengusahakan kelapa sawit sebagai sumber pendapatan. Hasil yang diperoleh akan dijual di Pekan Behrang Stesen ataupun di Bandar Tanjung Malim." |
|
| |
|
Ada juga sebilangan masyarakat kampung ini yang mengusahakan kelapa sawit sebagai sumber pendapatan. Hasil yang diperoleh akan dijual di Pekan Behrang Stesen ataupun di Bandar Tanjung Malim. Kebanyakan penduduk kampung yang terlibat dalam kegiatan pertanian ialah golongan yang berumur 40 tahun ke atas.
Bagi golongan muda Kampung Serigala, rata-rata berhijrah ke ibu kota untuk mencari rezeki di dalam sektor kerajaan atau swasta. Hanya segelintir sahaja yang bekerja di kilang-kilang sekitar Bandar Behrang dan Bandar Tanjung Malim. Di samping itu ada di kalangan penduduk kampung yang membuka kedai runcit dan gerai makan bagi menampung kehidupan seharian mereka.
|