Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Pusat Komuniti Kampung Jawa Batu 18,
Kampung Jawa Batu 18,
43200 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan
   
 

Kegiatan Wanita dan Perniagaan

K

aum hawa di Kampung Jawa bergiat aktif dalam aktiviti perniagaan, kesenian, keagamaan dan kemasyarakatan yang melibatkan beberapa kumpulan wanita. Di antara kumpulan yang aktif adalah kumpulan ibu tunggal, pasukan marhaban wanita dan Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kampung Jawa. Mereka sentiasa berusaha mengeratkan hubungan antara satu sama lain melalui kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan itu.

Dari sudut keagamaan, wanita di sini sering menghadiri kelas Al-Quran yang dianjurkan. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kefasihan dalam bacaan Al-Quran dan menambahkan ilmu agama. Mereka juga sering kali mengadakan aktiviti berzanji atau marhaban di seluruh kampung ketika Hari Raya Puasa atau majlis-majlis keagamaan.

Pelbagai kuih muih tradisional dijual di Baulu Classiq

Selain itu, terdapat juga segelintir kaum wanita yang bergiat aktif dalam perniagaan. Mereka mengusahakan makanan tradisional seperti baulu dan tempe. Jurifah Kudis, 40 tahun merupakan pengusaha wanita tempatan yang menjalankan perniagaan kuih baulu yang diberi nama Baulu Classiq. Jurifah Kudis atau lebih dikenali sebagai Kak Pah telah mendapat pinjaman sebanyak RM225,000 daripada kerajaan Negeri Selangor untuk meluaskan perniagaan Baulu Classiq. Kak Pah menggunakan modal tersebut untuk membina bangunan yang lebih baik serta menambah beberapa buah mesin pengadun dan oven bagi memenuhi permintaan yang kini mencecah 30,000 biji baulu sehari.

Terdapat juga beberapa pengusaha wanita tempatan yang mengusahakan pembuatan tempe. Walaupun hanya dijalankan secara kecil-kecilan, namun tempe masih lagi mendapat permintaan tinggi bagi penduduk tempatan dan sekitarnya. Dua pengusaha wanita tempatan yang terkenal ialah Umi dan Muslimah yang mendapat bantuan mesin daripada Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat. Manakala Muslimah mengusahakan tempe dengan pembiayaan sendiri.

Kini, kehidupan wanita Kampung Jawa Batu 18, Hulu Langat banyak berubah dengan hasil usaha mereka dalam bidang perniagaan.

 
Penafian | Laman Web KTAK