Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Pusat Komuniti Kampung Jawa Batu 18,
Kampung Jawa Batu 18,
43200 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan
   
  Perpustakaan Desa Batu 18 Kampung Jawa

Pusat Ilmu Siber

P

erpustakaan desa merupakan salah satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Selain itu, melalui projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) ia dapat mengurangkan kadar buta teknologi maklumat di kalangan masyarakat luar bandar. Perpustakaan Desa Kampung Jawa telah ditubuhkan pada tahun 2006 di bawah seliaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Perpustakaan desa beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat ialah dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Perpustakaan ini ditutup pada setiap hari Ahad, Sabtu minggu pertama dan ketiga dan cuti umum. Khidmat pinjaman dan pemulangan buku disediakan untuk semua pengunjung. Tempoh pinjaman adalah selama dua minggu untuk tiga buah bahan bacaan atau rujukan.

Kemudahan talian Internet yang terdapat di sini menjadikan perpustakaan desa ini salah satu pusat siber anak kampung. Kebanyakan pelajar gemar mendapatkan maklumat terkini melalui laman-laman web ilmiah dengan percuma. Terdapat dua buah komputer, sebuah mesin pencetak dan mesin pengimbas yang dibekalkan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) untuk kegunaan pengguna. Jika terdapat sebarang kerosakan, penyelaras perpustakaan akan memberitahu pihak yang berkenaan untuk menyelenggarakannya.

Bangunan perpustakaan yang baru dan selesa ini juga memberikan ilmu yang banyak untuk semua peringkat umur. Daripada seleksi cerita kanak-kanak sehinggalah bacaan ilmiah dan buku rujukan untuk sekolah dan peringkat universiti sememangnya menjadikannya tumpuan penduduk setempat dan sekitarnya. Selain itu, kerusi dan meja serta ruang yang luas juga boleh memuatkan sehingga 30 orang pada satu-satu masa.

Di antara aktiviti yang sering dijalankan di sini adalah aktiviti mewarna dan melukis untuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun. Sambutan yang menggalakkan bukan sahaja terdiri daripada anak kampung tetapi juga kanak-kanak dari kampung sekitar. Aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu ini pastinya dapat menguji minda anak-anak dan mengisi masa lapang. Kempen penambahan keahlian juga sering diadakan untuk menggalakkan lebih ramai kanak-kanak menjadi ahli perpustakaan.

Suasana aman dan redup di dalam perpustakaan juga membolehkan pelajar menelaah ilmu dan mengulang kaji pelajaran di sini. Kebanyakan pengunjung adalah daripada kalangan kanak-kanak. Pembinaan perpustakaan desa di kampung-kampung diharapkan dapat mengurangkan kadar buta huruf di kalangan penduduk luar bandar serta merapatkan jurang ilmu di antara semua kaum di Malaysia.


 
Penafian | Laman Web KTAK