Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Pusat Komuniti Kampung Jawa Batu 18,
Kampung Jawa Batu 18,
43200 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan
   
  Kampung tradisi

Berusia 100 Tahun

K

ampung Jawa mula diterokai pada tahun 1912 oleh sekumpulan masyarakat yang berhijrah dari tanah Jawa. Pengasas utama kampung ini ialah Osman yang memegang jawatan sebagai Ketua Kampung dari awal penerokaan sehinggalah tahun 1916. Selepas kematian beliau, tampuk pimpinan telah diserahkan kepada Marzuki sehingga tahun 1922 menyebabkan kepimpinan kampung sekali lagi berubah dan kali ini Tuan Haji Munir Hj Hassan telah dilantik sebagai Ketua Kampung. Pertambahan penduduk semakin meningkat pada masa tersebut dan di atas dasar permuafakatan nama Kuala Lui sebelum ini telah ditukarkan kepada Kampung Jawa sehingga kini. Kebanyakan masyarakat berketurunan Jawa yang tinggal di sini masih mengamalkan cara hidup masyarakat Jawa dan bercakap sesama mereka menggunakan bahasa ibunda mereka. Apabila Tuan Haji Munir Hassan meninggal dunia pada tahun 1958, tempatnya diganti oleh Yahya Marzuki.

 
 
Pentadbiran semakin kukuh

Kini, jawatan KetuaKampung dipegang oleh Adinin Ngadikun sejak tahun 1997. Kepimpinan beliau lebih daripada 10 tahun telah membawa banyak perubahan kepada pembangunan kampung. Daripada sebuah penempatan yang kecil, kini Kampung Jawa telah berkembang pesat dengan kemudahan infrastruktur yang semakin meluas. Di samping keunikan alam semula jadi, warisan kaum Jawa masih diteruskan ditambah dengan aktiviti pelancongan yang menarik.

Kampung Jawa kini berusia hampir 100 tahun dan merupakan antara kampung tradisi yang menarik di kawasan Hulu Langat. Kampung ini pernah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Hulu Langat pada tahun 2003 anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Penduduk kampung sentiasa berusaha untuk menjadikan kampung mereka sebagai kampung contoh bagi daerah Hulu Langat.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK