Kaum Melayu Majoriti Kampung Jawa
enduduk di sini dianggarkan seramai 1,500 orang dan 100 peratus penduduknya berbangsa Melayu yang beragama Islam. Walaupun Kampung Jawa dikuasai sepenuhnya oleh kaum Melayu, namun penduduk di sini tetap mengamalkan hubungan baik dengan kaum Cina dan India yang tinggal di kampung-kampung sekitar.
Oleh kerana keadaan kampung yang diwarisi turun temurun, kebanyakan penempatan di sini adalah secara berderet di sepanjang kampung. Jenis-jenis rumah yang terdapat di sini adalah jenis banglo, teres dan juga kampung. Terdapat lebih kurang 140 buah rumah jenis kayu, 30 buah rumah jenis batu dan 50 buah rumah jenis separa batu atau kayu dan lain-lain. Terdapat juga projek perumahan yang dibangunkan iaitu Taman Impian Warisan. Di samping itu, lebih daripada 200 buah rumah jenis pangsapuri dianggarkan terdapat di kawasan taman tersebut.
| "namun penduduk di sini tetap mengamalkan hubungan baik dengan kaum Cina dan India yang tinggal di kampun-kampung sekitar" |
|
| |
|
Kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta, motosikal, van dan basikal. Walaupun kedudukannya agak terpencil, perkhidmatan seperti bas sekolah dan juga bas awam boleh didapati. Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk kesenangan semua penduduk.
|