Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Pusat Komuniti Kampung Jawa Batu 18,
Kampung Jawa Batu 18,
43200 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan
   
  Sekolah Kebangsaan Dusun Tua

Mengutamakan Pendidikan

D

ari aspek pendidikan, kebanyakan penduduk mempunyai pendidikan asas. Kebanyakan golongan belia di sini terpelajar dan segelintir anak remaja kampung ini masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia dan luar negara. Bagi kaum yang lebih tua pula, kebanyakan mereka boleh menulis dan membaca dengan baik. Kebanyakan generasi muda pula mendapat pendidikan di sekolah-sekolah rendah, menengah dan agama bantuan kerajaan di kampung sekitar.

Terdapat sebuah sekolah agama, sekolah rendah, sekolah menengah dan pra sekolah di kampung ini dan kawasan sekitarnya. Kawasan sekolah yang berdekatan ini memudahkan mereka untuk ke sekolah sama ada berjalan kaki, menaiki basikal atau bas sekolah yang disewa. Di antara sekolah yang terdapat di Kampung Jawa Batu 18 ialah Sekolah Rendah Agama Batu 18, Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat dan Sekolah Menengah Abdul Jalil, Hulu Langat Selangor.

Walaupun majoriti kaum Melayu yang tinggal di kawasan ini, namun terdapat juga sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choon Hwa di Pekan Hulu Langat, Batu 18. Sekolah ini telah dibina sejak zaman penjajahan British dan masih mengekalkan struktur binaan lama yang sangat menarik.

Di samping itu, program-program berbentuk kemasyarakatan sering dianjurkan oleh jawatankuasa kampung untuk meningkatkan modal insan penduduk dalam bidang pendidikan. Program Interaksi Desa Cemerlang yang pernah dianjurkan bersama institusi pengajian tinggi awam telah banyak membawa perubahan dalam bidang pendidikan. Program ini menggunakan kaedah keluarga angkat di mana pelajar-pelajar yang kebanyakannya datang dari Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu ini diajar cara dan kebudayaan masyarakat di kampung ini. Melalui perkongsian cara hidup dan kebudayaan, pelajar-pelajar ini akan lebih memahami cara hidup di kampung.

Selain itu, pelajar-pelajar juga berkongsi ilmu dengan anak-anak kampung melalui aktiviti kelas tambahan secara percuma dan juga bergotong royong membersihkan kawasan kampung. Sepanjang tiga hari berkampung di sini, aktiviti harian mereka dipenuhi dengan aktiviti kebudayaan dan kesukanan. Acara-acara menarik seperti sukaneka dan bermain alat muzik Jidor pastinya memberikan pengalaman yang berharga kepada pelajar yang berkunjung ke sini.

Pendidikan secara tidak formal dianjurkan di sini seperti kelas Fardu Ain untuk golongan dewasa dan juga wanita yang dikendalikan di surau-surau atau masjid. Bagi golongan wanita, kelas seperti berzanji dan taranum diadakan setiap pagi Selasa dan Rabu. Bagi kaum lelaki pula, kelas hadis, tafsir dan tasawuf diadakan setiap malam Selasa dan Khamis. Kelas-kelas tersebut dianjurkan di Dewan Budi yang terdapat di Masjid Qariah Kampung Jawa oleh ustaz dan juga ustazah dari luar.

Di setiap kampung, pastinya terdapat anak kampung yang berjaya mengharumkan kampung dalam pelbagai bidang. Kampung Jawa juga tidak terkecuali dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berpendidikan tinggi. Sebagai contoh, terdapat beberapa anak jati Kampung Jawa yang berjaya di dalam bidang profesional. Ngaesah Hambali merupakan Profesor Madya Fakulti Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala Norsiah Mahat telah berjaya menjawat jawatan sebagai Hakim Mahkamah Majistret.

 
Penafian | Laman Web KTAK