Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Pusat Komuniti Kampung Jawa Batu 18,
Kampung Jawa Batu 18,
43200 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan
   
  Air Terjun Sungai Gabai

Sungai Congkak Daya Menggamit Pengunjung

S

alah satu keistimewaan kampung ini adalah sungai-sungai yang masih mengekalkan keindahan alam semula jadi. Salah satu sungai popular yang terletak berdekatan dengan Kampung Jawa ialah Sungai Congkak yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Pekan Batu 18. Sungai Congkak dibuka pada tahun 1978 oleh Jabatan Hutan Selangor dan mulai 1982 mula diperkenalkan kepada orang ramai. Ketika itu, Sungai Congkak tidak begitu dikenali di kalangan pelancong. Namun ia menjadi popular pada 1993 selepas prasarana penginapannya dirasmikan Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia (ketika itu).

Kemudian, pada Januari 2003, Pusat Pelancongan Selangor telah mengambil alih pentadbiran Sungai Congkak dan menambah sehingga 14 buah chalet dengan empat kategori berbeza dengan tiga harga yang berlainan. Selain itu, terdapat juga kemudahan seperti tempat parkir kereta, tandas awam, tempat persalinan, surau dan juga pusat rekreasi.

Bagi mereka yang ingin berkhemah, sewa khemah hanya RM10 untuk satu khemah dan kemudahan tapak perkhemahan yang sangat luas memudahkan pelancong untuk bermalam. Bagi mereka yang inginkan khidmat jungle tracking mereka boleh menikmatinya dengan harga RM10 sahaja. Selain itu, terdapat juga kemudahan astaka yang boleh memuatkan kira-kira dua ribu orang dalam sesuatu masa. Astaka ini biasanya digunakan untuk tujuan kursus dan motivasi anjuran organisasi kerajaan ataupun universiti tempatan.

Kawasan Sungai Congkak ini diselia oleh Pusat Pelancongan Selangor. Dianggarkan purata pengunjung yang datang ke sini adalah 100 hingga 150 orang pada hari biasa dan hampir 2,000 pengunjung pada hujung minggu dan cuti umum.
 
 
Menikmati kedinginan Air Terjun Sungai Gabai

Terdapat lebih kurang enam orang pekerja yang menyelenggara kawasan pelancongan ini bagi memastikan keindahan alam semula jadi sentiasa terpelihara.

Kawasan pelancongan yang terdapat di sini sedikit sebanyak membantu meningkatkan ekonomi penduduk. Pelancong yang sering melalui kawasan Kampung Jawa sebelum ke Sungai Congkak pastinya akan singgah untuk menikmati juadah ikan bakar atau membeli barangan di gerai-gerai yang terdapat di kawasan Pekan Batu 18.

 
Penafian | Laman Web KTAK