Baulu Classic Yang Terkenal
idang keusahawanan di sini kebanyakannya dijalankan oleh golongan belia dan wanita dengan pelbagai aktiviti keusahawanan yang semakin meningkat maju di sini. Perusahaan seperti membuat kuih baulu, kuih tradisional dan juga perusahaan medan ikan bakar. Perusahaan baulu Classic dijalankan oleh kaum wanita di sini di bawah payung Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Perusahaan baulu di kampung ini telah berkembang kira-kira lapan tahun lalu dengan bantuan daripada agensi kerajaan terbabit. Bantuan yang diberikan termasuklah dari segi modal, latihan kemahiran dan peralatan. Jenis-jenis baulu yang dihasilkan ialah seperti seperti baulu lapis, baulu gulung, baulu perisa pandan, asli dan capucino.
| "Antara kegiatan Perikanan Dan Penternakan yang terdapat di sini ialah projek ternakan ikan keli. Dianggarkan sebanyak 70,000 ekor ikan keli diternak di sini" |
|
| |
|
Selain itu, terdapat biskut dan juga kerepek yang dihantar oleh orang kampung untuk dijual di kedai I.A.D.Z Enterprise. Harga kerepek yang dijual bermula daripada RM4 hingga RM8 mengikut jenis kerepek. Syarikat ini mengaji seramai 25 orang pekerja. Kedai ini mula beroperasi pada jam 8.30 pagi hingga jam 6.30 petang.
Terletak di Batu 19, Kampung Jawa, terdapat sebuah medan ikan bakar yang popular di kalangan penduduk tempatan. Teratak Ikan bakar Sri Murni yang diusahakan oleh beberapa orang anak-anak kampung merupakan salah satu projek Belia 4B.Di antara ikan yang dibela di sini ialah tilapia, keli, patin dan maung. Selain dapat menikmati hidangan yang melazatkan, anda pastinya akan terpesona dengan panorama sekitarnya serta alunan lagu-lagu karaoke. Medan ikan bakar ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran rancangan masakan seperti “Jalan-jalan Cari Makan” di TV3 dan merupakan antara tempat makan yang pernah dikunjungi oleh Chef Wan, seorang tukang masak terkemuka di Malaysia.
| |
 |
| |
| Menjamu selera di medan ikan bakar. |
|
|