Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Pusat Komuniti Kampung Jawa Batu 18,
Kampung Jawa Batu 18,
43200 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan
   
  Klinik Desa Batu 18

Kemudahan Klinik dan Perubatan Tradisional

P

enduduk-penduduk di Kampung Jawa boleh menikmati kemudahan kesihatan yang terdapat di Klinik Desa Batu 18 di sini. Klinik ini dikendalikan oleh seorang Jururawat Masyarakat yang memberikan khidmat terutamanya untuk ibu mengandung dan kanak-kanak. Antara perkhidmatan lain yang turut disediakan ialah rawatan pesakit luar, program perancang keluarga, pendidikan pemakanan dan kesihatan. Perkhidmatan Klinik Warga Sihat pula mengadakan saringan untuk mengesan risiko penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi kepada semua penduduk. Waktu operasi Klinik Desa Batu 18 ialah daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Namun, untuk mendapatkan rawatan lanjut, pesakit boleh berkunjung ke Hospital Kajang atau Hospital swasta di Ampang atau di Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan kaedah rawatan cara tradisional, terdapat seorang tukang urut tradisional di kampung ini. Hajah Rokiah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai “Nenek Dara” merupakan tukang urut tradisional untuk ibu-ibu selepas bersalin. Beliau menjadi bidan kampung ini jika terdapat penduduk kampung yang memerlukan perkhidmatannya. Nenek Dara turut memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan dan luar yang ingin mendapatkan rawatan alternatif secara tradisional.

 
Penafian | Laman Web KTAK