Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Pusat Komuniti Kampung Jawa Batu 18,
Kampung Jawa Batu 18,
43200 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan
   
  Balai Polis Batu 18

Balai Polis Batu 18

A

spek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terdapat sebuah balai polis berdekatan dengan kampung yang diberi nama Balai Polis Batu 18. Balai bomba pula hanya terdapat di bandar Kajang yang terletak kira-kira 15 minit pemanduan dari Kampung Jawa. Selain itu, terdapat juga Rukun Tetangga yang telah ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu. Kebanyakan penduduk merupakan ahli Rukun Tetangga dan masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam menjaga keamanan kampung.

Menurut Ketua Kampung, Adinin Ngadikun, keselamatan kampung ini sentiasa dalam keadaan yang terkawal. Kadar jenayah di sini adalah sangat minima kerana setiap penduduk sentiasa berusaha untuk menghindari jenayah. Ini merupakan suatu pencapaian yang baik bagi memastikan setiap penghuni di kampung ini dapat hidup dengan keadaan aman dan sejahtera.

 
Penafian | Laman Web KTAK