Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Pusat Komuniti Kampung Jawa Batu 18,
Kampung Jawa Batu 18,
43200 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.
   
   

Kemudahan Asas Lengkap Menyenangkan Semua Penduduk

K

emudahan asas yang ada di kampung ini adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik dan juga kemudahan prasarana yang lengkap serta kemudahan perhubungan dan komunikasi. Selain itu, kemudahan sistem jalan raya yang berturap juga membolehkan aliran masuk pengunjung luar ke sini. Boleh dikatakan semua penduduk di Kampung Jawa dapat menikmati kemudahan yang telah disediakan ini.

Kemudahan pengangkutan seperti bas awam dan teksi memudahkan penduduk untuk berhubung dengan masyarakat luar. Dengan kadar bayaran yang berpatutan, kemudahan pengangkutan awam yang disediakan sememangnya menjadi pilihan penduduk untuk berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kampung Jawa. Kemudahan awam yang disediakan meliputi kemudahan pondok menunggu bas, pondok telefon, masjid, surau, balai raya, kedai runcit, klinik kesihatan, padang bola, sekolah rendah, menengah dan agama serta tadika. Di kawasan tumpuan pelancong seperti Sungai Lui, Sungai Congkak dan Gunung Nuang, disediakan kemudahan gerai makanan, tempat persalinan dan juga tempat parkir kereta.

Prasarana yang agak lengkap ini membolehkan penduduk menikmati kemudahan yang disediakan. Pihak jawatankuasa kampung juga sering berusaha untuk membasmi kemiskinan dan pada masa sama membantu penduduk menikmati pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.

 
 
Antara kemudahan awam yang terdapat di kampung ini


 
Penafian | Laman Web KTAK