Membantu Kebajikan Penduduk
hli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau lebih dikenali sebagai JKKK dilantik untuk memastikan pembangunan kampung sentiasa terancang dan terjamin. Selain itu, jawatankuasa ini juga dilantik untuk memantau dan menyelia projek yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
JKKK diketuai oleh Adinin Bin Ngadikun selaku Pengerusi JKKK . Beliau boleh dihubungi di talian 03-9021 2961 untuk memudahkan penduduk setempat mengadu sebarang masalah, Noor Hashim pula bertindak sebagai Setiausaha JKKK dan boleh dihubungi di talian 03-9021 1111 manakala jawatan Bendahari JKKK dipegang oleh Nasir Bin Khamis yang boleh dihubungi di talian 03-9021 5575.
Di kampung ini, terdapat lebih kurang lapan biro JKKK yang ditubuhkan untuk memastikan aspirasi pembangunan kampung berjaya dilaksanakan. Di antara biro-biro tersebut adalah biro Kepimpinan, Kegiatan Institusi Penerangan, Biro Pendidikan dan Latihan, Biro Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan, Biro Pertanian, Perniagaan,Perindustrian dan Pelancongan, Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Biro Kerohanian, Sivik,Kebajikan dan Wanita dan Biro Belia Sukan dan Kebudayaan. Setiap biro-biro yang dilantik perlu memastikan apa jua wadah yang dijanjikan untuk membangunkan kampung dilaksanakan dan memberi manfaat untuk semua.
Biro Kepimpinan, Kegiatan Institusi dan Penerangan pernah menganjurkan Bengkel Pelan Perancangan Strategik untuk mendapatkan idea bernas daripada setiap wakil kampung dan ahli jawatankuasa yang lain. Selain itu, biro ini juga pernah menerbitkan buletin informasi kampung yang lebih dikenali sebagai INFODESA sebagai bahan maklumat mengenai kampung dan aktiviti semasa untuk kemudahan penduduk dan juga pengunjung dari luar. Ahli jawatankuasa di dalam biro ini juga sering mendampingi penduduk kampung untuk mendapatkan idea-idea yang bernas dan pendapat daripada setiap golongan bagi mengukuhkan pembangunan kampung.
Dari sudut pembangunan modal insan, Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi berperanan dalam memberi pendedahan dan pendidikan teknologi maklumat kepada generasi muda. Langkah awal yang diambil ialah dengan menubuhkan Kelab Komputer Kampung Jawa. Kelab ini pernah mengadakan kursus komputer kepada ahli dan penduduk kampung untuk memberi pendidikan dan mengajar erti kepentingan teknologi maklumat kini. Selain itu, kelas ini juga melatih pelajar menggunakan komputer dan aplikasinya dengan baik dan berkesan.
Di antara aktiviti terkini yang dianjurkan oleh pihak JKKK di bawah Kelab Rekreasi dan Pencinta Alam Kampung Jawa adalah aktiviti mendaki Gunung Nuang yang terletak berhampiran dengan kampung. Terdapat lebih kurang tujuh orang warga veteran dan belia kampung yang menyertai aktiviti mendaki gunung setinggi lebih 1,000 meter. Bermula dengan sesi pemanasan badan, mereka kemudiannya memulakan aktiviti mendaki yang mengambil masa lebih kurang satu hari. Di antara objektif penganjuran aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar, menguji ketahanan mental dan fizikal dan mengeratkan hubungan di antara warga tua dan juga anak muda kampung.
JKKK Kampung Jawa sentiasa mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk memastikan setiap perancangan yang diatur berjalan lancar. Kerjasama yang baik selama ini telah dapat membantu memajukan kampung. Melalui JKKK juga masyarakat di sini telah mendapat pelbagai maklumat berguna membabitkan hal-hal pembangunan dan dasar-dasar kerajaan.
Berikut merupakan senarai tertinggi JKKK Batu 18 Kampung Jawa:
Adinin bin Ngadikun Pengerusi JKKK 03-9021 2961
Noor Hashim Setiausaha JKKK 03-9021 1111
Nasir bin Khamis Bendahari JKKK 03-9021 5575
|