| |
|
| |
| |
Tidak jauh dari kesibukan kota Kuala Lumpur, terselit panorama indah yang mendamaikan. Pemandangan flora dan fauna menghijau serta deruan arus sungai yang menenangkan membuatkan pengunjung terpesona dengan keindahannya. Sungai Congkak adalah tempat terbaik untuk penduduk-penduduk kota terutamanya menghentikan sejenak daripada memikirkan segala bebanan kerja dan masalah yang dialami. Suasana desa yang menyejukkan hati dan mententeramkan menjadi salah satu sebab mengapa pengunjung luar perlu menghabiskan masa di Sungai Congkak. Tidak perlu mengambil masa yang lama dari Kuala Lumpur, hanya beberapa minit pemanduan, percutian anda pasti berbaloi. |
|
|
| Kawasan Riadah |
Perikanan Dan Penternakan |
| Salah satu pusat riadah yang popular di Kampung Jawa adalah Pusat Latihan Angkat Berat di bawah kelolaan Majlis Sukan Selangor. Pusat ini telah ditubuhkan pada tahun 1999 dengan tujuan meningkatkan sukan angkat berat di kalangan warga Selangor |
Sektor penternakan kambing merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk di Kampung Jawa. Diusahakan oleh anak kampung sejak dua tahun yang lalu, kini perniagaan beliau semakin berkembang.
|
|
| |
|