Pentingkan Keagamaan
ebanyakan golongan wanita bertungkus-lumus melakukan pelbagai kerja sampingan bagi menampung pendapatan suami masing-masing untuk memantapkan lagi perbelanjaan keluarga. Mereka tidak mensia-siakan segala kemahiran yang ada untuk dimanfaatkan bersama. Bagi memastikan aktiviti wanita sentiasa bergerak aktif, beberapa program telah dijalankan tidak kira program kemasyarakatan mahupun keagamaan. Aktiviti yang dianjurkan oleh Pertubuhan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) memainkan peranan penting dalam menggerakkan segala aktiviti yang disusun. Aktiviti-aktiviti yang kerap diadakan seperti tafsir Al-Quran dan marhaban, kelas Fardu Ain dan bacaan Yasin. Mereka sentiasa menjalankan aktiviti keagamaan seperti berzanji atau marhaban di seluruh kampung ketika hari perayaan atau hari kebesaran Islam.
Perusahaan Kuih Tradisional
| |
 |
| |
| Rahmah Deris, pengusaha baulu dan jem, berdiri berhampiran bengkel perusahaannya |
|
Selain itu, sebahagian kaum wanita di situ juga bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Mereka mengusahakan pembuatan kuih tradisional seperti baulu dan kek. Kuih-kuih ini sering ditempah dan mendapat permintaan dari penduduk Kampung Sentang dan kampung sekitarnya. Wanita di kampung ini juga mengadakan kelas jahitan untuk menambah kemahiran asas.
Penglibatan wanita dalam aktiviti yang dianjurkan sedikit sebanyak dapat mengisi masa senggang serta merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk kampung di sini.
|