Mengurangkan Kadar Buta IT

P

rojek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) merupakan satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta. Di bawah program USP setiap kampung yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam erti kata lain, USP bertujuan untuk meningkatkan kadar celik ICT di kalangan masyarakat hari ini.

Di kampung ini, Projek USP ditempatkan di dalam bangunan Klinik Desa Kampung Sentang. Walaupun begitu, keadaannya masih lagi selesa kepada pelajar dan penduduk yang datang untuk menggunakan kemudahan USP. Penggunanya bukan sahaja kanak-kanak atau pelajar tetapi juga golongan dewasa yang tidak mah ketinggalan. Melalui projek USP tersebut, penduduk boleh menggunakan kemudahan yang disediakan bagi tujuan mencapai maklumat menerusi jaringan Internet. Sebilangan penduduk menggunakan Internet untuk mengetahui berita-berita terkini sama ada dalam mahupun luar negara memalui pembacaan secara online.

Oleh sebab ditempatkan di klinik, kemudahan ini diselia oleh kakitangan klinik desa atau Jururawat Masyarakat (JM) yang terlibat. Walaupun mempunyai tugas hakiki sebagi jururawat, JM Norfaizah Osman Rani dan JM Zainun Shafie tidak pernah menjadikannya masalah malah berasa bangga dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Untuk menggunakan kemudahan USP, ia beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat sama seperti masa klinik dibuka.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK