Banjir Besar
ama Kampung Sentang wujud kerana terdapatnya pokok sentang atau dikenali sebagai Azadirachta Excelsea dalam bahasa saintifik. Tumbuhan dari spesies Meliaceae ini merupakan pokok tempatan terkenal yang boleh didapati di kawasan tengah dan utara Semenanjung Malaysia. Spesies ini kurang popular di kalangan ahli perhutanan dan orang awam pada satu masa dahulu.
Dahulu, penduduk Kampung Sentang menggunakan jalan air untuk berhubung atau melakukan jual beli. Mereka menggunakan sampan atau perahu untuk ke kampung dan pekan berdekatan untuk pertukaran barang keperluan harian. Walaupun kekurangan kemudahan asas, penduduk kampung tidak patah semangat malah sentiasa bekerjasama bagi mencari jalan untuk meningkatkan sumber makanan. Dari situ wujudnya sistem pertukaran barang makanan oleh penduduk Kampung Sentang dengan penduduk kampung sekitarnya. Pada ketika itu, penduduk Kampung Sentang mendirikan rumah di tepi-tepi sungai bagi memudahkan mereka menggunakan air dari Sungai Pahang untuk kegunaan harian.
Kampung Sentang dan Pekan Chenor pernah mengalami kejadian banjir besar yang menenggelamkan rumah dan merosakkan hasil tanaman mereka. Kejadian banjir pernah berlaku pada tahun 1971, 1988, 2004 dan paling baru pada tahun 2007. Namun, penduduk Kampung Sentang sentiasa bersabar setiap kali menghadapi situasi sukar seperti itu.
|