Kampung Aman Damai
| |
 |
| |
| Penduduk kampung sedang berbual-bual di kedai kopi pada waktu petang |
|
engikut bancian, dianggarkan penduduk Kampung Sentang adalah seramai 200 orang. Rata-rata penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Walaupun Kampung Sentang didiami oleh kaum Melayu, namun penduduk di situ masih mengeratkan hubungan silaturahim dengan kaum Cina dan India yang tinggal di kampung-kampung sekitar. Nilai-nilai murni seperti ziarah-menziarahi, bersopan-santun dan berbudi bahasa menjadi pegangan penduduk di sini. Mereka bekerjasama antara satu sama lain agar kampung mereka sentiasa aman damai.
Walaupun Kampung Sentang terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan persendirian untuk melaksanakan urusan mereka di bandar berhampiran. Selain itu, perkhidmatan bas awam juga disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan. Perkhidmatan bas dari Chenor Maran ke perhentian bas Pekan Temerloh turut disediakan bagi penduduk Kampung Sentang dan kampung-kampung sekitarnya.
|