Getah Sumber Utama
| |
 |
| |
| Getah merupakan hasil pertanian utama kawasan Kampung Sentang dan Kertau |
|
egiatan pertanian merupakan salah satu kegiatan yang popular di Kampung Sentang ketika ini. Getah di merupakan sumber utama ekonomi penduduk di sini. Penduduk kampung mengusahakan ladang getah untuk menambahkan pendapatan keluarga. Terdapat beberapa ladang getah yang diusahakan oleh penduduk kampung secara persendirian. Hampir separuh daripada kawasan kampung ini diliputi oleh kawasan penanaman getah. Namun, hanya golongan dewasa dan tua sahaja yang berminat mengusahakan ladang getah di kampung ini.
Tanaman Kontan
Selain itu, tanaman seperti kelapa sawit, pisang dan sayur-sayuran juga diusahakan di tanah persendirian. Pertanian masih lagi penting di kampung ini disebabkan keadaan geografi tanahnya yang begitu sesuai. Hasil tani yang diperoleh akan dikumpulkan di Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Hasil Pekebun Kecil yang terletak di Kampung Nyak sebelum dipasarkan ke sekitar kampung atau di pasar-pasar kampung yang berhampiran. Ada di antara petani yang menjual hasil tanamannya sendiri atau menjualnya kepada orang tengah.
|