Pelajaran Diutamakan
| |
 |
| |
| Persekitaran Sekolah Kebangsaan Kertau |
|
enyedari akan pentingnya pembangunan modal insan, kerajaan meneruskan usaha-usaha pembangunan pendidikan anak-anak luar bandar bagi menjadikan mereka lebih kompetitif dalam pasaran kerja masa kini. Untuk membentuk manusia yang berilmu, kerajaan telah menyediakan dan membina institusi pendidikan di Kampung Sentang. Antara kemudahan tersebut termasuklah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam, Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Sekolah Agama dan Tabika KEMAS.
Anak-anak penduduk Kampung Sentang melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan (SMTAA) yang terletak di Pekan Chenor kira-kira tiga kilometer dari Kampung Sentang. Nama Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan diambil sempena nama DYMM Tengku Ampuan Pahang. Ia dibuka secara rasmi pada 4 Julai 1976 oleh DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah. SMTAA sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Chenor (SMRKC) yang pada awalnya ditubuhkan pada Januari 1965 bertempat di tapak Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Chenor.
|