Bantuan Kerajaan
ewujudan usahawan di kalangan penduduk Kampung Sentang membuktikan bahawa penduduk di Mukim Kertau mempunyai inisiatif tersendiri dalam menambahkan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan oleh mereka seperti pembuatan makanan dan meneroka beberapa bidang keusahawanan.
Perusahaan Kuih Tradisional
| |
“Dalam sebulan Hasanah Hassan dapat menghasilkan sebanyak 4,000 kek cawan”. |
| |
|
Perusahaan baulu, kek dan popia simpul yang dijalankan oleh kaum wanita di sini adalah di bawah Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hasanah Hassan merupakan usahawan wanita yang menceburi bidang ini bagi menambahkan pendapatan sampingan keluarganya. Beliau sering menghadiri kursus-kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang diadakan di Kelantan, Terengganu dan Johor untuk menambah pengalaman dalam bidang keusahawanan.
 |
|
| Hasanah Hassan, pengusaha kek dan popia simpul tempatan |
|
|
Beliau menghasilkan hampir 4,000 kek cawan sebulan termasuk pelbagai jenis kek lain seperti kek Marbel, kek coklat dan popia simpul untuk dipasarkan di sekitar kampung di sini. Produk makanan Hasanah sering mendapat permintaan yang tinggi daripada orang kampung kerana harganya yang berpatutan.
|