Beroperasi Hampir 20 Tahun

K
 
 
Norfaizah Osman Rani, Jururawat Masyarakat Klinik Desa Kertau

erajaan telah menyediakan beberapa kemudahan kesihatan seperti hospital besar, klinik kesihatan, klinik pergigian dan klinik bagi ibu-ibu mengandung. Kemudahan ini disediakan agar penduduk di negara ini dapat menjalani kehidupan yang sihat dan ceria. Di kampung ini terdapat sebuah Klinik Desa untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk terletak dua kilometer dari Kampung Sentang. Klinik ini beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Klinik Desa Kertau diselia oleh dua orang Jururawat Masyarakat (JM) iaitu JM Norfaizah Osman Rani dan JM Zainun Shafie

Dahulu klinik ini dikenali sebagai Rumah Bidan dan telah beroperasi hampir 20 tahun di Kampung Sentang. Klinik desa ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Kampung Sentang, Kampung Tebing Tembah, Kampung Nyak dan kawasan rumah berdekatan. Klinik Desa Kertau memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan dan turut menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden untuk rawatan kesihatan bagi setiap peringkat umur.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK