Bekerjasama Menjaga Keamanan Kampung
| |
 |
| |
| Balai Polis Chenor yang mendamaikan |
|
alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk Kampung Sentang berganding bahu bagi memastikan keamanan kawasan perumahan mereka. Selain itu, tanggungjawab itu juga dipikul oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKK menerusi Biro Keselamatan memberi perhatian yang khusus terhadap keselamatan kampung.
Kampung Sentang terletak di bawah kawalan Balai Polis Chenor sejauh tiga kilometer dari Kampung Sentang. Selain JKKK dan polis, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan kampung. RELA dianggotai oleh para penduduk kampung yang berusia 16 tahun ke atas. Anggota RELA bertugas secara sukarela dan biasanya mengikut giliran. Dengan adanya kemudahan keselamatan ini, tahap keselamatan di Kampung Sentang berada dalam keadaan yang terkawal.
|