Balai Raya Tempat Bermusyawarah

K

emudahan asas yang terdapat di Kampung Sentang sangat lengkap yang telah dibangunkan oleh Majlis Daerah Maran (MDM). Pembangunan itu bertujuan untuk mempertingkatkan perkhidmatan dan kemudahan kepada orang ramai dan mempertingkatkan keupayaan majlis dalam merancang, menyediakan dan melaksanakan program pembangunan sosioekonomi. Kemudahan asas utama ialah jalan raya berturap bagi memudahkan pergerakan orang ramai. Penduduk Kampung Sentang kini juga mampu menikmati bekalan air bersih dan elektrik.

 
 
Masjid Mahmudiah, Kampung Nyak, Kertau

Kemudahan lain seperti Balai Raya Mukim Kertau yang menjadi tempat perhimpunan masyarakat kampung. Pelbagai aktiviti dijalankan di sini seperti mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), mesyuarat agung bagi sesuatu badan atau persatuan, kelas-kelas kaum ibu seperti marhaban, kelas Fardu Ain dan aktiviti kemasyarakatan.

Klinik desa, perpustakaan desa, sekolah, masjid, surau dan taman permainan turut disediakan bagi memberi kemudahan kepada penduduk Kampung Sentang. Prasarana yang lengkap yang disediakan kerajaan telah membolehkan penduduk menikmati hasil pembangunan dan kehidupan yang lebih sempurna.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK