Sukan Merapatkan Penduduk

K

ampung Sentang terletak bersempadan dengan Kampung Tebing Tembah, Kampung Teluk dan Kampung Nyak. Bagi penduduk sekitar Kampung Sentang, Klinik Desa Kertau menjadi tempat tumpuan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan bagi ibu-ibu mengandung dan anak-anak kecil mereka. Klinik Desa terletak berdekatan dengan kampung-kampung sekitarnya.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sentang turut menganjurkan pelbagai aktiviti seperti aktiviti kesukanan dan keagamaan bagi mengisi masa lapang penduduk kampung. Acap kali aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Kampung Sentang dan sekitarnya. Pelbagai golongan melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK. Aktiviti ini kebanyakkannya merupakan acara tahunan penduduk di sini dengan harapan penduduk dan JKKK dapat bekerjasama dalam memelihara keamanan kampung.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK