Meningkatkan Modal Insan
ampung Sentang ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa yang menyampaikan maklumat–maklumat dan dasar kerajaan. JKKK juga berperanan membangunkan projek-projek kecil untuk kepentingan penduduk. Biasanya projek-projek tersebut dilaksanakan melalui kontraktor-kontraktor yang dipilih dan dipantau oleh JKKK. JKKK juga menganjurkan program-program tertentu ke arah menyatupadukan perpaduan sesama penduduk. Bisanya, JKKK menganjurkan aktiviti gotong-royong, sukaneka, ceramah kesedaran dan lain-lain
| |
 |
| |
| Syed Omar rancak bercerita tentang program yang berjaya dilaksanakan JKKK |
|
JKKK Kampung Sentang dipengerusikan oleh Tok Empat Kampung Sentang, Syed Omar Syed Idrus. Beberapa biro dilantik bagi membantu melicinkan jentera pentadbiran JKKK. Antaranya, Biro Keselamatan dan Kebajikan, Biro Ekonomi dan Pembangunan Desa, Biro Kerohanian, Biro Kesenian, Belia dan Sukan, Biro Hal Ehwal Wanita dan Biro Pendidikan. Sejak sekian lama JKKK berperanan dan mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung. Sehingga kini, program-program yang dikendalikan oleh JKKK telah berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Di samping itu, JKKK juga turut merancang aktiviti kemasyarakatan untuk masa hadapan. JKKK Kampung Sentang sentiasa mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk memastikan setiap perancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Kerjasama yang baik selama ini telah dapat membantu memajukan kampung.
JKKK Kampung Sentang sentiasa mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk memastikan setiap perancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Kerjasama yang baik selama ini telah dapat membantu memajukan kampung.
|