Pendapatan Alternatif
| |
 |
| |
| Sekumpulan kerbau peliharaan penduduk sedang meragut rumput |
|
ektor ekonomi penduduk Kampung Sentang dijana melalui sektor perladangan, penternakan serta Industri Kecil dan Sederhana. Hampir 90 peratus peneroka menjalankan aktiviti perladangan seperti tanaman getah dan kelapa sawit di sekitar kampung untuk menyara keluarga mereka. Sektor perladangan diusahakan di tanah berkeluasan hampir 50 peratus. Terdapat juga penduduk di sini yang menjalankan pertanian secara kecil-kecilan seperti penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. Penduduk kampung juga mengusahakan ternakan seperti lembu, kambing dan kerbau secara kecil-kecilan.
Selain itu, terdapat juga sebahagian warga peneroka yang meraih pendapatan sampingan melalui aktiviti perniagaan seperti membuka kedai runcit dan warung-warung makanan di kampung-kampung sekitar. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga menyumbang kepada pendapatan penduduk kampung. Perusahaan baulu, kek cawan dan penternakan ikan patin serta tilapia merupakan antara pekerjaan berkonsepkan keusahawanan yang dilakukan oleh para penduduk. Sebahagiannya memperoleh bantuan daripada agensi-agensi kerajaan tertentu seperti modal ataupun peralatan.
|