Asal-usul nama Kampung Sentang telah wujud kerana terdapatnya pokok Sentang atau dikenali sebagai Azadirachta Excelsea dalam bahasa saintifik. Tumbuhan dari spesies Meliaceae ini merupakan pokok tempatan yang terkenal di kawasan tengah dan utara Semenanjung Malaysia. spesies ini kurang popular di kalangan ahli perhutanan dan orang awam pada satu masa dahulu. |
Perusahaan baulu, kek dan popia simpul yang dilakukan oleh kaum wanita di sini kebanyakannya bernaung di bawah program Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hasanah Hassan merupakan usahawan wanita yang menceburi bidang ini untuk menambahkan pendapatan sampingan keluarganya. Beliau sering menghadiri kursus-kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang diadakan di Kelantan, Terengganu dan Johor untuk menambah pengetahuan dalam bidang keusahawanan. |