Belia Berdaya Saing

S

ebagai sebuah negara yang menuju kemajuan, penglibatan belia dalam masyarakat perlu ditingkatkan bagi melahirkan belia yang berdaya saing. Mereka merupakan bakal pemimpin dan penggerak dalam menentukan pembangunan pada masa hadapan.

  “ Melalui Persatuan Belia Kampung Sentang, pelbagai aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran”.
   

Penglibatan belia-belia di Kampung Sentang dalam kegiatan sukan, kebudayaan dan keagamaan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini amat menggalakkan. JKKK juga menubuhkan Persatuan Belia Kampung Sentang untuk membantu dan mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Melalui persatuan belia, pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dilakukan oleh para belia dan penduduk kampung.

 
Sungai Pahang menjanjikan kenikmatan bagi kaki-kaki pancing
 

Selain itu, belia di sini juga bergiat aktif dalam kegiatan sukan seperti bola sepak dan futsal. Futsal adalah antara sukan yang kian mendapat tempat di hati golongan belia di kampung ini. Walaupun tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap untuk bermain futsal, namun belia di sini tetap membuat latihan di padang atau gelanggang futsal yang berhampiran di kampung sekitarnya. Belia di sini juga pernah menyertai Kejohanan Futsal yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor melibatkan pasukan-pasukan futsal di Daerah Maran. Pertandingan ini diadakan bagi menarik minat selain mengilap bakat-bakat baru untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Di waktu-waktu senggang, belia di sini gemar memancing di Sungai Pahang. Kadang-kala mereka memperoleh Udang Galah sebagai habuannya selain ikan air tawar.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK